Sunday, March 22, 2009

Seminar “Dakwah kontemporari”


Selasa 10 februari 2009 - Badan kebajikan anak Selangor Mesir (BKASM) telah menganjurkan Seminar “Dakwah kontemporari” yang telah dijayakan dengan kerjasama Ikatan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Selangor.

Antara panel-panel yang terlibat dalam menjayakan seminar Selangor ini ialah Hajjah Wan Hasrina bt. Wan Hassan, yang merupakan Penasihat Badan Kebajikan Wanita Selangor (BAKEWANIS), Hajjah Mariam bt. Abd. Rashid Timbalan Pengarah BAKEWANIS dan Ustaz Mohd Fauzan b. Madzlan, Pengarah ILMAM Selangor.

Seminar Selangor “Dakwah Kontemporari’ ini dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran, dan diteruskan dengan Ucapan aluan Pengerusi Majlis. Kemudian, majlis disusuli ucapan Pengarah Seminar Selangor “Dakwah Kontemporari” serta ucapan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir. Seminar ini telah dirasmikan oleh Al-Fadil Ustaz Abdul Halim bin Saljadi, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Selangor ke Mesir.

Setelah berakhirnya ucapan perasmian, seminar ini dimulakan dengan pembentangan kertas kerja pertama yang bertajuk Selangor Kini (Kesedaran dan kefahaman) yang disampaikan oleh Hajah Maryam binti Abd Rasyid. Antara pengisian yang terdapat dalam pembentangan kertas kerja ini ialah pentingnya peranan mahasiswa yang berlatar belakangkan pendidikan agama untuk berganding bahu bersama pemimpin demi menyampaikan seruan dakwah kepada segenap lapisan masyarakat. Tambah beliau lagi, mahasiswa Mesir perlu mempunyai kesedaran untuk bersama mengisi kemenangan di Selangor khususnya .

Seminar ini diteruskan dengan pembentangan kertas kerja yang kedua bertajuk Mahasiswa ke arah Selangor baru (Peranan dan cabaran) yang disampaikan oleh Hajjah Wan Hasrina bt Wan Hassan Penasihat BAKEWANIS. Dalam kertas kerjanya menyatakan tentang peranan mahasiswa kearah mengisi kemenangan . “Menjaga kemenangan itu lebih susah daripada mencapai kemenangan” katanya.

Menurut beliau tenaga-tenaga muda khususnya golongan mahasiswa mestilah dipersiapkan diri demi memenuhi keperluan ini supaya tidak menjadi lompang-lompang yang akan menjadi senjata kepada musuh untuk menjatuhkan kemenangan yang telah kita capai.

Antara tugas dan peranan yang boleh dimainkan oleh golongan mahasiswa adalah seperti menterjemah Kerajan Pakatan Rakyat dalam bentuk yang lebih realistik, menjadi agen penyumbang idea dan juga sebagai pembawa mesej untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat khususnya.

Sementara itu, conference with ILMAM live from Malaysia bersama Pengarah ILMAM Selangor ustaz Mohd Fauzan bin Madzlan. Dalam conference tersebut beliau menerangkan tentang fungsi ILMAM sebagai satu platform dan laluan kepada mahasiswa-mahasiswa lepasan Mesir untuk mencari lorong ke medan dakwah di tanah air.

Beliau juga menegaskan agar semua mahasiswa yang telah menamatkan pengajian dan pulang ke tanah air serta tidak menyepikan diri seterusnya mendaftarkan diri untuk menyertai ILMAM agar dapat bekerjasama dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakat.

Diikuti oleh forum yang bertajuk Islam For All yang menampilkan panel-panel hebat tanahair iaitu Ustaz Harun Taib, Ustazah Wan Hasrina dan juga Ustazah Hajjah Mariam. Menurut Ustazah Wan Hasrina, kita sekarang menghadapi pelbagai cabaran; antaranya pihak media. Seharusnya dengan adanya saluran media banyak ruang yang boleh kita gunakan untuk menerangkan tentang Islam namun realitinya amat menyedihkan kerana ruangan itu amat terhad dan lebih kepada ruangan untuk hiburan menjadikan suasana agenda yang merosakkan dan program-program amal yang tidak bertepatan dengan ajaran Islam.

Ustazah Hajah Mariam pula menegaskan tentang strategi untuk berdepan dengan cabaran-cabaran. “Penglibatan semua golongan pemuda untuk menjalankan dakwah amatlah penting lebih-lebih lagi kepada pemuda pemudi mempunyai pendidikan agama yang faham dan mempunyai pemikiran yang baik dalam mencorak masa depan masyarakat. Ambillah contoh dakwah Rasulullah” ujarnya.

Menurut Ustaz Harun Taib, beliau menerangkan tentang slogan Islam For All dengan menyatakan bahawa Islam itu adalah agama yang syumul untuk semua manusia. Namun ketidaksempurnaan akal manusia itu yang menyebabklan manusia tidah dapat berfikir dengan baik. Justeru, manusia dituntut untuk menuntut ilmu dan diutuskan rasul untuk menyebarkan dakwah.

dr www.ilmampusat.blogspot.com

Wednesday, March 4, 2009

SEGERA SEBELUM 13 MAC 2009

Iklan Jawatan Kosong (JAI.SEL.BPI/09/005/3)
Written by soffyusz

No. Fail : JAI. SEL.BPI/09/005/3

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut;

1. JAWATAN

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41

2. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)

3. JADUAL GAJI

P1T1 : RM1695.85 - P1T27 : RM4645.85

ITKA : RM 300.00

ITP : RM 210.00

BSH : mengikut kawasan

* RM 300.00 (Petaling, Sepang, Gombak, Klang dan Hulu Langat)

* RM 100.00 (Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam)

4. SYARAT PERMOHONAN

4.1 Warganegara Malaysia

4.2 Keutamaan adalah calon seperti berikut;

4.2.1 Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam)

4.2.2 Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM.

Catatan : Keperluan adalah untuk mengajar mata pelajaran Sukatan Al-Azhar di 23 SAM/SAMT (SABK) Negeri Selangor.

5. TARAF JAWATAN

Kontrak

6. CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis disertakan dengan resume. Sila sertakan sekeping gambar berukuran pasport.

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Bahagian Pendidikan Islam

Tingkat 2, Menara Utara,

Bangunan Sultan Idris Shah,

Persiaran Masjid, Seksyen 5,

40676 Shah Alam.

Selangor Darul Ehsan

(u.p Puan Hajah Latifah Binti Yunus)

7. TARIKH TUTUP

13 Mac 2009

Peringatan : Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga.

Umur calon tidak kurang dari 24 tahun pada tarikh tutup iklan

Monday, March 2, 2009

HIDUP KITA CUMA DLM 3 HARI

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.

Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah Hari pertama semoga Hari yang keduaKita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut Adalah pemberian Allah secara percuma DanCarilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersamaNyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikanDan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannyaTerjemahkan rukun ISLAM yang 5 ituDan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayaiBagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,Tetapi tidak mempunyai boarding pass.Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampaiPada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukurAtas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~NyaSetiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembaliKepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaanKita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa.. . Di dunia jua di akhirat kelak sertaDi dalam rahmat Allah s.w.t.

KENYATAAN MEDIA


Kenyataan Media


IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR (ILMAM)


IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR atau dengan nama ringkasnya ILMAM secara rasmi membantah satu program yang telah dianjurkan oleh sebuah pertubuhan yang bernama Sisters In Islam (SIS) di Hotel Prince, Bukit Bintang pada 13 hingga 18 Februari baru-baru ini.

Difahamkan program tersebut membincangkan beberapa isu yang berkaitan Agama Islam yang sepatunya diberikan kepada pakar-pakar tertentu yang berkelayakkan sahaja. Antara isu tersebut ialah Isu Faraid, Poligami, Kesamarataan antara Gender dalam Islam dan lain-lain.

Pengerusi ILMAM, Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli menegaskan, SIS tidak layak dan tidak sepatutnya dibenarkan mengadakan program tersebut kerana mereka tidak mempunyai asas dan pengatahuan yang kukuh berkenaan isu-isu tersebut dan dibimbangi akan menyebabkan salah tafsir dan keraguan pada agama Islam itu sendiri.

Ditambah lagi, ahli ahli panel dalam program tersebut merupakan antara tokoh-tokoh yang amat diragui hujah dan pendapat mereka seperti Amina Wadud, Ziba Mir Hosseini, Muhd Khalid Masud, Hussein Muhd.

Beliau juga mempersoalkan kenapa program yang diberik nama MUSAWAH itu diluluskan oleh kerajaan bahkan dirasmikan pula oleh Penasihat Khas Perdana Menteri, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil.

Selain itu kandungan perbincangan mereka berkaitan Perkara Moral yang tidak boleh diperundangkan dan Perkara Dosa-Dosa peribadi bukanlah satu jenayah amat-amat mengelirukan masyarakat dan umat Islam itu sendiri.

"Ini antara tunjang pemikiran Islam liberal yang kita lihat di negara umat Islam dan telah tersebar di Indonesia dan Pakistan," tegasnya.

Saya berharap pihak JAKIM atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi perlu sedar dan bertanggungjawab serta mengambil tindakan dan perlu melihat bahawa Islam Liberal sebagai sebahagian ajaran sesat di negara ini dan seluruh dunia dari terus merebak kepada masyarakat kita Malaysia ini.

Sekian

Presiden ILMAM PUSAT
Muqaddimah

Salam sejahtera dimulakan. Alhamdulillah, Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah taala. Solawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, semua keluarga Baginda SAW, para Sahabat RA dan pengikut-pengikutnya.

Memandangkan telah bertambahnya siswazah / graduan yang telah menamatkan pengajian di bumi 'kinanah', Mesir yang sekarang ini sedang menjalankan kehidupan masing-masing yang bertebaran di seluruh negeri, maka dirasakan suatu organisasi khusus perlu ditubuhkan untuk menghimpunkan serta menggerakkan seluruh graduan lepasan al-Azhar dan Mesir untuk melaksanakan gerak kerja Islam dengan lebih tersusun. Justeru itu, ILMAM ditubuhkan sebagai merealisasikan segala objektif yang telah digariskan di bawah.


Objektif

1. Memantapkan ukhuwah sesama ahli lepasan pengajian IPT Mesir.

2. Memastikan ahli sentiasa mempunyai hubungan dengan gerakan yang ingin memperjuangkan Islam.

3. Memastikan ahli memberi sumbangan dan pengorbanan kepada Pertubuhan dan Gerakan yang memperjuangkan Islam.

4. Menjawab isu-isu agama dan semasa yang memerlukan siswazah IPT Mesir berperanan sebagai agen untuk memberikan gambaran yang sebenar kepada masyarakat.

5. Membina generasi pendokong dan pelapis kepada kepimpinan Islam di Malaysia ini.


Konsep :

1) Bersifat Kajian Ilmiah dan Menjawab Isu–isu Semasa
2) NGO yang berdaftar dengan ROS


Sasaran :

Terbuka kepada semua graduan lepasan al-Azhar dan Mesir