Monday, March 2, 2009

Muqaddimah

Salam sejahtera dimulakan. Alhamdulillah, Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah taala. Solawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, semua keluarga Baginda SAW, para Sahabat RA dan pengikut-pengikutnya.

Memandangkan telah bertambahnya siswazah / graduan yang telah menamatkan pengajian di bumi 'kinanah', Mesir yang sekarang ini sedang menjalankan kehidupan masing-masing yang bertebaran di seluruh negeri, maka dirasakan suatu organisasi khusus perlu ditubuhkan untuk menghimpunkan serta menggerakkan seluruh graduan lepasan al-Azhar dan Mesir untuk melaksanakan gerak kerja Islam dengan lebih tersusun. Justeru itu, ILMAM ditubuhkan sebagai merealisasikan segala objektif yang telah digariskan di bawah.


Objektif

1. Memantapkan ukhuwah sesama ahli lepasan pengajian IPT Mesir.

2. Memastikan ahli sentiasa mempunyai hubungan dengan gerakan yang ingin memperjuangkan Islam.

3. Memastikan ahli memberi sumbangan dan pengorbanan kepada Pertubuhan dan Gerakan yang memperjuangkan Islam.

4. Menjawab isu-isu agama dan semasa yang memerlukan siswazah IPT Mesir berperanan sebagai agen untuk memberikan gambaran yang sebenar kepada masyarakat.

5. Membina generasi pendokong dan pelapis kepada kepimpinan Islam di Malaysia ini.


Konsep :

1) Bersifat Kajian Ilmiah dan Menjawab Isu–isu Semasa
2) NGO yang berdaftar dengan ROS


Sasaran :

Terbuka kepada semua graduan lepasan al-Azhar dan Mesir

No comments:

Post a Comment